Tahukah anda kesan sebenar apabila anda minum kopi atau air panas daripada cawan yang diperbuat daripada kertas?

Sebelum saya meneruskan perbincangan ini, saya menggalakkan anda menonton video berikut tentang lapisan dalam cawan kertas:

Mengapakah cawan kertas mempunyai plastik?

Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa lapisan plastik, cawan kertas tidak dapat digunakan, terutama sekali untuk minuman panas.

Tetapi tahukah anda bahawa mengikut kajian pakar saintis, seseorang manusia menelan dan menyedut antara 2,000 hingga 7,000 zarah mikroplastik setiap hari secara purata di seluruh dunia?

Angka ini merujuk kepada pendedahan harian. Namun, berapakah jumlah keseluruhan jika dikira dalam tempoh setahun, sedekad, atau bahkan lima dekad?

Dari manakah datangnya mikroplastik?

Zarah-zarah mikroplastik bukan sekadar berasal daripada satu cawan, malah turut terhasil apabila barangan plastik tercalar, terurai akibat sinaran UV matahari, atau mengalami degradasi kimia di tapak pelupusan.

Semua ini mencemarkan udara yang kita hirup tanpa disedari, serta air yang akhirnya sampai ke meja makan kita melalui rantaian makanan.

Apakah kesannya kepada kesihatan?

Kajian sedang meneliti kaitan mikroplastik dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk keradangan tisu, kematian sel dan tekanan oksidatif, gangguan mikrobiom usus, penyakit kardiovaskular, masalah pembiakan, serta potensi kanser dan penyakit neurodegeneratif.

Ulasan ringkas ini diharap dapat menyuntik sedikit kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar kita bersama-sama berusaha mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.

Baca juga renungan Dr Kartini, Terperangkap dalam Dunia Plastik: Sampai Bila?